Monday 13 June 2011

kehidupan

Hidup ini bukan semuanya yang indah, mesti ada waktu kita susah dan waktu kita senang. Biasanya manusia ini akan lalai dan lupa diri apabila kesenangan menguasai hidup mereka. Waktu kita senang kita akan merasakan yang dunia ini adalah milik kita sepenuhnya, namun kita lupa yang kita hanya menumpang sahaja di dunia ini. malah kesenangan juga membawa kita menjadi seorng yang tamak dan ego. rasa ingin menunjuk-nunjuk kan kekayaan itu supaya orng lain akan pandang kita dengan pandangan yg tinggi membuatkan kita menjadi megah diri dan sombong kepada orang lain, kita juga boleh beli apa sahaja yang kita ingin kan sehingga kita menjadi kan "membazir" itu adalah satu hobi kita. Tapi...jangan lupa, Allah maha adil.. Dia akan menarik balik kesenangan yang dimiliki oleh kita dengan sekelip mata sahaja. Pada waktu itu kita akan menangis sampai air mata darah  dan rasa menyesal dengan apa yang dilakukan oleh kita. Apabila kesusahan datang dalam hidup kita, kita akan tahu betapa susahnya untuk mencari kesenangan itu kembali. Kerana kita perlu berusaha dengan gigih dan jagan putus asa dalam mencari keredhaan dari -Nya. Kesusahan mengajar kita daripada kesilapan yang kita lakukan dalam hidup kita. Pengajarannya disini adalah tidak kira senang atau pon susah kita perlu sentiasa mengingati tuhan yang menciptakan kita dan jangan mengikuti perangai syaitan.

No comments:

Post a Comment